Sunday 20 January 2013

CEMERLANG DENGAN MEMBACA DAN MENELITI QURAN

 "Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu
al-kitab (Quran) dan dirikanlah solat."
                  
                                                                                         Al-Ankabut, 45

SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran. Kecermalangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk manusia akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud, "sesungguhnya Quran ini memberi pentunjuk kapada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pehala yang besar."

Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam. Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam al-Quran, Imam Qartubi berkata, " Kalimat aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat." Justeru, mereka menjadikan Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi mereka.

No comments:

Post a Comment