Sunday 21 July 2013

KENAPA MANUSIA HANYA TAHU NAK MENGHUKUM?

Hai, Asalamualaikum reader.. apa khabar? sihat? aku tahu.. bulan-bulan puasa ni korang mesti letih kan? Aloloo ciann, sabar separuh daripada iman :-)
 
tak tahu knp manusia hnya mampu nk hukum je,, pelik laa. besar sagad ke dendam kau?
kau bawak sampai mati? kau paksa perasaan orang sekarang ni, kenapa? orang tu ada tanggungjawab sendiri tapi kau ganggu life dia lagi kenapa?
terdesak sangat? ALLAH SAW da sediakan jodoh kau.. tak payah takut kau tak kahwin..
 
jadi sekarang kau jangan jadi punca masa depan aku musnah.. bole?
suma orang buat dosa.. taubat laa..
 
aku tak tahu kenapa tuhan temukan aku dengan orang macam kau.. hati aku da cukup perit dengan apa yang kau buatt dulu..
kau tak ada hak kat atas aku.. jadi jangan ganggu aku bole?

Saturday 13 July 2013

Salam Ramadhann :)

Asalamualaikumm.. Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog aku nii. hmm harini puasa tak? dah masuk hari kelima berpuasa Alhammduullilah.. Aku masih berpuasaa.. tapi kalau tak puasa pun, perempuan kan diberi keistimawaann.. kan kan? hahaha
tapi aku puasa eh hari nii..
so, next month dah trial SPM.. seriously, time ulangkaji aku selalu ngantok.. kat sekolah? selalu menguap.. eh asal haa? zati, kau dah jadi kaki tido daa..
bilaa weekends jeg, kalau aku tak pgiey mana-mana.. konfem aku akn habis kan masaa untuk tiddoooo -..-
lagi-lagi time bulan puasa nii.. hmmm penat kot :(
 
apapun, semoga kita dapat kumpul banyak pahala di bulan puasa ni..
Tiada seindahh bulan, selain bulan Ramadhann..
Selemat Berpuasaa ... ttaattaa


Wednesday 20 March 2013

FALL IN LOVE


aku dah lama perhatikan dia, cara diaa.. semua laa. dan actually aku tahu dia dah lama sebenarnyaa nak usha aku. tapi dia malu, sebab aku tak layan dia -,-
 
Tapi sekarang, dia dah jadi cinta aku. aku dah mula sayang dia.
Suara dia, cara diaa. melting saya ;)
 melting giller. kami satu sekolah, tapi tak satu kelas. sebayaa tapi tak serupaa.
Faroq <3
 
10 MARCH 2013
 
-asalamualaikum-
 

TOP 1 RESULT. I THINK IT'S FINE -,-

Asalamualaikum. hai reader! sihat? dah lamma rasanya aku tak update ni. berhabuk suda -..-
bukan apa, busy sikit.. exemm laa.
minggu ni, cikgu da start bagi paper. setakat ni aku baru dapat  2-A 1 B..
yang lain tu ontheway laa.. tapi paper sejarahh. hampa gillerr siaakk >,< huh sadlife :(
 
Tapi yang happy nye belum penah lagi ICT aku dapat A, kali ni bole dapat A. Walaupun -A. guaa banggaa beb. hahaha. beriaaa aku!
 
Apapon, kepada budak-budak SPM tahun lepas, hari ni result korang keluar kan? hahaha.
SEMOGA BERJAYA ;)

Tuesday 5 March 2013

INK HABIS !

Asalamualaikum. hai reader ! selamat tengahari, salam satu Malaysia !
eh? asal aku jadi peramah sangat ni -,- L0L
pening laa, korang tahu tak macam mana nak refill ink printer jenama HP?
ni first time ayah aku belikan dakwat yang jenis refill tuu. aku tak reti nak masukkan. Apende tah -,-
Dah belikan, pastu tak tolong masukkan. alaaahaaaiii, papa lecehhh laa !
 
sebaik laa, aku ni bijak search kt google tuhh. kalau tak, sampai sebulan aku tak masukkan. tapi tu laaa, ada masalah lagi satu ni aku tak berani nak refill. takut tak ikut cara yang betul tersalah masuk nanti ayah marah >,<
 Sebab barang berharga kene jaga. Dulu aku guna Printer brand Canon. sat lagi, rosak sebab memory card aku boleh termasuk dalam tuhh.. apakyeee ! parah-parah...
sebaiklaa ayah aku nak seponsor printer HP pulakk, sebab tu kalau bab godek-godek aku takut. takut rosak lagi ...

DI PERSIMPANGAN DUA HATI

Eh korang egat tak haritu aku cakap aku nak buat cerpen tajuk KASIH SYURGA tu? egad tak? ehh macam cakap sorang-sorang aku ni --. LOL
 
cerpen KASIH SYURGA tu aku terpaksa burn. sebab aku tak banyak idea laa. Hmm aku buat cerpen di persimpangan dua hati ni pon berdasarkan pengalaman...
aku siapkan cerita ni dulu, baru aku fikirkan tajuk yang sesuai. hmm, for your information dah siap pon cerpen ni malam tadi. 9page, 2,122 words. tinggal print jeh.
So, kepada Fitri. sorry saya pinjam nama awak sebagai watak suami dalam cerita tuu. hmm nanti saya bagi awak baca taw.. hehe ;)
kayy Asalamualaikum ^___^

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA -,-

Asalamualaikum.. hai reader sekalian.. moga anda semua sentiasa diberkati ALLAH SAW.
hmm, petang yang sangat annoying >,< !
mama macam tak bagi aku keluar dengan kawan. padahal lepak mamak jeh kot. sementara nak tunggu waktu class teusyen aku.. aku nak keluar pon sebab nak buat research pasal pelancongan dekat google. maklum laa mamak sekarang dah ada wifi, dan aku pergi dengan member aku kot. perempuan okey ! tuu pon nak bebel --.
Tapi dah laa, aku pon dah terencat nak keluar. hmm terima laa hakikat 60% dari hidup aku masih di control. ohh sadlife :(
bilaa nak freedomm tak tahu laa. anak perempuan sorang ^___^

01.03.2013

Asalamualaikum semua!sebenarnya nak post harituu, tapi macam mana tah tersimpan kat draft pulak >,<. so bru nak post harini --.

 heheehe. kali ni aku update blog pakai lappy baruuu ! Notebook, Aspire One. Acer. bestt nyee !
tapi satu bendaa jeh, masa nak onn blogger selalu da ada save pasworrdd. tapi lappy baru tak deh. nak mennanggis aku bukkak balek lappy lama cari pasword -..- sebaik jumpe. Allhammdullilah.
 
Tapi sedih.. Fitrii, hmm malas nak ceritaa :/ diaa dah bahagiaa sekarang. Apa? lantak laa asal kau bahagia ^___^ try to smile.

Monday 18 February 2013

KASIH SYURGA

Asalamuaalaikum semua ! 
Saya suka menulis, menulis, menulis, menulis. hahaha

tadi cikgu BM offer aku buat cerpen, aku cakap inn syaa Allah jeh. bukan apa, aku ni kalau dah menulis pastu ada yang kacau terus malas aku nak menulis, nak mereka-reka ceritaa yang mengarut tuh. tapi dah lama jugak tak buat cerpen, dulu adaa jugak tajuknyaa JIKA ITU TAKDIRNYA. try laa cari kat kedai buku, terhangat di pasaran tuh ! haa kau ada tak? hahaha. menipu-menipu-menipu :p
padahal aku simpan kat laptop jeh, bagi mak aku bacaa, buat tidur malam adik aku. haha

okey, tadi mak aku dah bagi tajuk. Kasih Syurga.. so sweet -,-
hujung minggu ni, okey start menulis..
kalau dah tajuk sedih ceritaa pon nak sedih, campur moral value sekali. nak bagi cikgu aku menangis bacaa. 
nak ceritaa alaa-alaa Si Tanggang sikit. 
agak-agak okey kann ? kene dengan tajuk. haha, konfem sesiapa baca akan menangis lalu dijadikan sebuah cerita kat TV. hahahaha. 
korang jangan gelak sangat, mana tahu jadi kenyataan. kan-kan ?
hehehe..
 tapi malam ni tuisyen.. -,- sadlife :( terpaksa ku harungi laluan yang berduri ini, demi SPM yang bakal ku duduki pada bulan 11 nanti ! ARRRGGGHHHH ! FUTURE-->FUTURE--> BLAAA BLAAA


Sunday 3 February 2013

FULL TIME STUDY. LOL -..-

 Asalamuaalaikum.. dah lama da tak post, busy ah. aku da start tuisyen, malam pulak tuh. arghhh streess-streess ! sebaik laaa, ohhh SPM kenapaa laaa aku kene exem :P

pastu, dah start latihan rumah sukan, ahh tu lagi laa penat. kalau ikutkan hati aku malas nak pergi, tapi kaunselor kat sekolah tu cakap kene pergi kalau tak, tak dapat markah koko.. susah nak masuk IPTA/IPTS nnty.. tuu yang aku risau. so, terpaksa pergi. semata-mata nak dapat kehadiran full.

hmm reader, sapa kat sini yang form 5, tolong cerita kat aku pasal novel the cruse to bole tak ? aku tak sempat-sempat nak baca. hahaha. takut cikgu tuisyen tu tanyaa pasal sinopsis dia pulak. mati la nak :/
 aduuhhh ! pening-pening-..-
start bulan dua ni aku dah kene work hard sikit, kalau tak hancur semuaa. SPM ni bakal menentukan future aku.. hope suma akan okey . pray for me ok. thank you :)

Monday 21 January 2013

JANGAN KETUK KEPALA AKU LA !


aku tak tahu la apa masalah kau ! suke sangat ketuk kepala aku pakai buku, bapaak kau tak bayar fitrah ke? teruk laa perangai kau ! kau pandai sangat ke dalam kelas tuh?! ggrrr ! benci, benci, benci ! >.<
kalau kau tak ketuk kepala aku, kau cuit pipi aku ! asal ?
>.< !
rimas laa ! tolong laaa, sakit taw kepala aku kau ketuk pakai buku. aku da selalu pening. tolong laa -,-

Sunday 20 January 2013

CEMERLANG DENGAN MEMBACA DAN MENELITI QURAN

 "Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu
al-kitab (Quran) dan dirikanlah solat."
                  
                                                                                         Al-Ankabut, 45

SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran. Kecermalangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk manusia akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud, "sesungguhnya Quran ini memberi pentunjuk kapada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pehala yang besar."

Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam. Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam al-Quran, Imam Qartubi berkata, " Kalimat aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat." Justeru, mereka menjadikan Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi mereka.

CEMERLANG DENGAN SEMBAHYANG

  "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang 
beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam dalam solat 
mereka.. Dan mereka yang memelihara
solat-solat mereka."
                                                                                          Al-Mukminun, 1, 2 & 9

ANTARA IBADAH PENTING yang wajib dilakukan ialah sembayang. Untuk berjaya, umat Islam tidak boleh mengabaikan sembahyang sama sekali terutamanya sembahyang-sembahyang fardu. Dalam konteks melaksanakan sembahyang dua perkara wajib dijaga. Pertamanya khusyuk dan keduanya memastikan sembahyang dilaksanakan secara berterusan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Sembahyang ialah ibadat yang amat penting sehingga semasa sedang berperang sekalipon tidak boleh meninggalkannya. Sembahyang juga ialah tiang agama. Imam Baihaqi melaporkan, nabi berkata, "sembahyang itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia akan meruntuhkan agama."

CEMELANG DENGAN MEMBERI MAAF

 "Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah 
lebih dekat kepada takwa."
               
                                                                                  Al-Baqarah. 237

GOLONGAN PEMAAF ADALAH golongan yang berjiwa besar. Dalam pergaulan, mereka tidak mudah hanyut dipukul gelombang emosi semasa berdepan dengan karenah manusia. Oleh kerana sifat ini adalah sifat mulia, Tuhan mengarahkan umat islam menghiaskan diri mereka dengannya. Tuhan menyatakan dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud, "Berikanlah kemaafan, ajaklah kepada yang makruf dan berpaling dari mereka yang jahil."
Pada suatu masa, seorang lelaki bertemu dengan khalifah Omar bin Khattab dan berkata, "Demi Allah kamu berhukum secara tidak adil dan kamu tidak memberi secara yang cukup." Khalifah Omar menjadi marah dan wajahnya terus berubah pada masa itu. Lelaki itu terus berkata. "Wahai Amirul Mukminin, tidaklah engkau mendengar ayat Quran daripada surah al-'Araf ayat 199? Aku sebenarnya termasuk dalam golongan yang jahil." Khalifah Omar menjawab, "Engkau benar seolah-seolahnya (tadinya)
terdapat api tetapi ia telah dipadamkan." Memang benar. Mereka yang mudah memaafkan mempunyai hati yang sejuk lagi jernih. Hati itu tidak mudah terbakar oleh api kemarahan.

Friday 18 January 2013

ANNOYING

KEK LORI SAMPAH

Asalamualaikum, hai reader . selamat pagi.. pagi ni Johor hujan daripada malam tadi lagi. rahmat Allah. Allhamdullilah. 

tadi aku ada baca cerita dekat satu page kat facebook ni, nama page ni "Aku doakan moga dirimu bahagia disana"
tak silap laa nama page tu, aku lupaa.. tapi rasanya betul. 
kesian cerita pasal seorang budak yang baru saje berusiaa 4 tahu lebih, menghidap empat komplikasi jantung. nagis aku bila baca cerita tu, sedih giler. aku putus cinta pon tak nagis.
ibu diaa tabahh dan sabar, menjaga anak bongsunya Iqbal, disaat-saat terakhir pon ibu diaa masih tunaikan apa saja permintaa si anak tu. anak dia nak naik lori sampah dan trak bomba tu pon ibu dia sanggup bawak. see? sweet kan ibu dia, berkorban apa saja demi anak dia. Beruntung sekali ibu dia dapat jaga ahli syurga macam tuu.. permintaan terakhir Iqbal ialah "kek lori sampah". pelikkkan? mak dia sanggup pusing-pusing KL, cari kek bentuk lori sampah tu tapi tak jumpa. nasib baik la ada seorang doktor yang merawat Iqbal dekat IJN dia share pasal Iqbal dekat blog dia, so.. kat situ ramai orang yang nak buatkan kek bentuk lori sampah tu untuk Iqbal. 
sedih sangat ceritaa ni.. korang nak baca ceritaa ni sepenuhnya, cari la kat page "Aku doakan moga dirimu bahagia disana" (facebook)
kalau korang tak kuat semangat, better tak payah baca, kalau nak baca jugak, sediakan tisu sekotak kat sebelah. cerita ni memang betul-betul bagi kita iktibar, ketabahan seorang ibu menjaga anaknyaa...
sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Iqbal ni..
Al-Fatihah ...

Wednesday 16 January 2013

TEMAN TAPI MESRA

Teman tapi mesra? apende? hati saya ibarat ditikam-tikam, tanpa mintak maaf senang-senang awak nak buat saya kawan awak? pppffftt @@###$$$//**#$%
mengaku jela sebenar nye awak kesal dengan keputusan awak, kan? dah laa. 
penat layann-..-
baru barapa hari lepas, kecewakan aku harini nak jadi teman tapi mesra? boleh, niat aku cuma taknak silaturaahhimm kita terputus sebab kita sedara. lebih tiga hari tak bertegur berdosa. so, tu jela niat aku tak lebih dari tu.

depan aku cakap baik, belakang? amboi.. bukann main lagi kau reka cerita. kenapa laa, perangai kau macam tu? hati aku dah cuba lembut, tapi aku tak boleh terimaa apa yang kau cakap kat orang pasal aku, kau reka pulak tuh. macam ni nak jadi teman tapi mesra? ehh daa la, kawann biasa jeh dah. aku takde kawan yang cakap belakang. biar aku takde kawan sekalipun yang penting aku ada ALLAH yang maha esa.. 

Biar aku sepi sendiri tiada cinta insani yang menemani, asalkan aku tidak sepi dari kasih-nya kerana aku ingin mencari dan terus mencari cinta ilahi..

*lepas ni, tiada lagi cinta antara kita. dan tak akan adaa. aku nak belajar, tu lebih baik:)
sekian.. Asalamuaalaikum


Tuesday 15 January 2013

WALAUPUN HATIKU SAKIT, NAMUN AKU TETAP TERSENYUM

   * berdoaa saja yang mampu.

 Seriously, putus cinta kali ni memang bagi effect besar dalam hidup aku. aku tak tahu dah nak buat apa. dah banyak aku surf kat google cara nak lupakan kekasih tapii..... susahh asik ingat jeh, apa aku nak buat ni ? aku da block da FB dia, untuk menggelak aku darI menjadi stalker terhebat. aku macam tak boleh terima dengan alasan dia lepaskan aku. before this, asal gaduh dia tak penah nak buad keputusan bodoh macam tu... seriously, aku memang tak boleh terima.

Tadi dia text aku, dia cakap sengaja nak test aku.. pffffttttt @#$$$%%%???//
kau da benggang dengan keputusan kau pastu nak cakap kau test aku ? eeehhh daa laa drama king ^^
aku kenal kau, aku tahu sebenarnya kau menyesal dengan keputusan kau.. tapi oleh sebab ego kau tinggi jadi kau tetap patuh dengan keputusan kau tu
Sebab tu tadi kau cakap sengaja nak test aku, supaya aku pujuk kau, mintak maaf dengan kau.. OHHHH -..-
memang tak laa kan. sebab aku banyak sangat makan janji sambal kau laa aku merana macam ni.

kat kelas tadi aku rasa macam nak lempang jeh sesapa yang senyum-senyum macam kerang busuk dengan aku, aku terpakse cerita hal peribadi ni kat kawan baik aku. sebab aku tak boleh simpan dah.. diaa terkejut besaarr ! "haaa ??!! biar betul ?"
dia penah jadi orang tengah aku dulu.. dan diaa tak sangka aku da break. aku cerita kat dia dari A sampai Z.. dia suruh aku sabar, diaa kata "nanti kat U beratur orang nak kat kau "
nak nagis takde gunee.. benda da jadi.

minggu depan Fitri cakap dia nak datang rumah aku, tak tahu la betul ke tak. dah tipu aku hidup-hidup susah  aku nak percaya kat diaa. kalau dia datang rumah aku, firstly aku nak pulang topi dia, sebab aku malas nak ingat dia lagi. pastu, aku nak mintak maaf kalau ada silap aku selama ni.. then, haaa kau dah boleh balik :(

aku terpakse senyum, walaupun senyum aku tak ikhlas, palsu.. ada jugak budak lelaki kelas aku yang tegur dan tanya kenapa. aku cuma jawap "putus cinta"..
tanya jugak sebab apa, tapi aku tak cerita pon.. diaorang lagi caring tentang aku daripada kau Fitri :)

sekiannn . ASSALAMUALLAIKUM..

Monday 14 January 2013

JIKA INI TAKDIRNYAA

Terima kasih.. maaf kan aku, kalau keputusan kau macam
tu, bagus laa. aku ni jahat.. kau je yang baik..
kita putus.. kau kau, aku aku..

* text daripada Fitri, 13 Jan 2013. 10:25 PM

Sunday 13 January 2013

KAWAN

Tok-tok-tok, Asalamualaikum ! hai reader! sume sehat ke? moga Allah memberi kita kesihatan ok.

      Arini aku bagun lambat giler woo >.< pukul 12. Aku ingat baru pukul 10 ke apa, rupenya dah terlajak. hehe. teruknye kau zati ! boypren aku anta mesej suruh sembayang subuh, aku bole tak dengar bunyik fon. haha. tido mampus ! bukan apa, hari ahad ni aku balas dendam, sebab semalam sekolah aku buat merentas desa. penatnye sampai hari ni tak hilang ! maklum laa da lama doh tak lari. hehe
 btw, hari ni ayah aku masak lunch sedap giler. fevourite aku. nasi ayam. aummm nnyumm-nnyumm >.<
ayah aku is the great !

    Arini nak cerita pasal KAWAN . aku ada sorang kawan ni, sekelas dengan aku. aku rapat dgn dia (tak rapat sangat la) dari form 4 lagi, tu pon sebab bestie aku dah tak sekelas dengan aku. dia ni, memang gedik >.< sangat ! aku memang annoying giler dengan dia punya attitude. perasan lebih pon ada jugak, macam la dia tuh the greatest thing on the first in the earth ni  chooyy -..-
Lagi situu, mulut diaa, kalau kutuk orang tak tengok sape orang dia kutuk tu. kawan ke sedara ke belasah jeg ! kadang-kadang pakai nama mak bapak sekali. tu yang paling aku pantang >.< ! aku dah banyak kali kene, memang touching giler la lepastu ! gggrrr ! setiap kali dia kutuk-kutuk aku, aku mesti mengadu kat bestfriend aku tuh. dia pon nak mual tengok perangai perempuan tuh. mulut dia.. adodoh -..- tak boleh tahan woo.
lagisatu, minah ni memang homework tak penah nak siap laa.aku tak tahu la berapa orang anak yg dia belaa kat rumah. pastu pagi-pagi aku laa jadi mangse. madah pinjam buku aku jeg. kadang-kadang aku tak bagi pon. lantak dia la nak jadi apa. penat-penat aku buat kau sedap-sedap nak tiru eh? hamboi enakk banget.

    So, tolong laa kawaann. behave yourself. watchout your mouth. kekakadang kita tersalah cakap buat orang lain kecik hati. tak nak laa macam tu kan? Lidah manusia ni lebih tajam dari mata pedang. renung-renungkan lah. hati-hati la dengan setiap kata-kata anda. peringatan ni untuk aku jugak. 

  * aku yang tengah-tengah tuh :)



TAHI KUCING

                                                       
 Hai reader ! how are you? is it fine?
      aku rasa udara di sekitar rumah aku dah dicemari dengan bau tahi kucing jiran aku ! gggrrrr !
nak tahu tak? aku keluar jeg, aku rasa macam nak muntah, bau tahu kucing ! >.<
aku cari-cari mana datang bau tahi kucing tu rupa-rupanya dekat sebelah aku jeg ! kurang asam punya kucing! fine! kali ni aku mmg sabar dengan kau kucing. 
  Semalam, buat hal lagi kucing tu ! grrr geramm nye aku. kucing jiran aku tuh drpd mak sampai anak-anak dia, boleh dduk lepak-lepak kat umah aku ! yang peliknya, tuan punya kucing tu yang dah nampak kucing dia ada kat umah aku, bukan reti nak panggil ke apa. ini boleh tengok jeg macam tak nampak apa-apa ! gggrrr ! bodoh betul. aku rasa tuan dia saje-saje suruh kucing dia jalan-jalan kat umah orang lain supaya rumah dia bebas dari tahi kucing ! adodoh -..-
  lagi satu yang aku geram, kucing dia ni kan kalau aku halau boleh buat muka toyee jeh. aku halau pakai penyapu, dia boleh dduk relekks jeg! sabar jelaa! nak siram air tak sampai hati. kene ada sifat ehsan terhadap binantang.

   Wahai jiran, yang ku sayang (tangan dibahu, mata keatas) tolong laa jaga kucing anda sebaiknye, sebab najis kucing anda membuat kan orang lain terpakse membersihkan lantai rumah mereka yang sedia berkilat-kilat tuh ! tolong laa, jangan selekeh sangat. kekadang kucing kau berak dpn rumah kau pun, kau biar jeg ! hidung kau tak bau eh? ke kau memang selekeh? kalau kau tak boleh jaga kucing kau, lain kali tak payah belaa. menyusahkan orang lain >.< !


    Sekian.. pesanan dari jiranmu yang perihatin :)
Asalamualaikum ..

Wednesday 9 January 2013

RINDU

                                                 *gambar lama, aku still simpan lagi..
Hai reader :)
 dah lama tak update blog ni. berhabuk dah. hehe. berhabuk ke ? tak laa, baru berapa hari. busy arr homework manyak maa :P
    Waa rindu luu <3
tak sabar nak tunggu 23.4 nii kteowg punya anniversary ok. jelous tak ? genap setahun aku bersama diaa. kan-kan? mungkin relay korang lagi lamaa. hehe, aku beriaa sebab aku happy tu jeg.
  aku memang rindu diaa, seriously, rindu. tapi aku cuma boleh sedekah kan Al-Fatihah. moga Allah sentiasa lindungi diaa. takde apa lagi yang boleh aku buat selain daripada berdoaa yang terbaik :) untuk hubungann kami dan masa depan kami. 

    Uolls, pray for us ok :) 
            sampai sini sahaja untuk kali ni, Asalamualaikum.


Thursday 3 January 2013

TAK NAK GOSSIP !

   hey kawan bole tak kau stop gossip kat aku pasal budak yang rampas pakwe kau tu? bole kan ? .. aduuh ! aku da muak laa dngarr. tak habis-habis ! pagi-pagi lagi aku da serapan dengan story mory kau yang err ... entahh laa :P 
   kau cakap budak tu jeling kau laa apa laa . haaaiihhh . lantak laa diaa giler ! aku lagi kenal budak tu, dulu sekolah agama satu kelas dengan aku . pahamm ~ 
malas nak beckup sesaapaa. suma sama jeg :P   beriaaa !
aku tahu laa kau da senior, tapi tak yahh laa nak beriaa. kau tengok aku? ada macam kau ? watlek jee. aku suruh kau tumbuk muka pempuan tu, kau tak nak pulakk. malas la, apa laa. tapi cerita kat aku macam bagus sagad. atototo ! susah laa layan budak cakap gebang ni. aku bukan nak kutuk kau, or cakap belakang. aku cumaa nak kau tahu aku fedupp kau asik cerita kat aku pasal budak from 4 tuu :P 
understand ?! okk good girl..(tangan kat bahu) "chooyy".. ingat yee kawann sayang . nahh muaahhh citett :*
aku bukan nakk aib kan kau, kalau nak aibkan dah lama aku tulis nama letak gamba kau kat sinii -,-
    * aku cumaa nak luahkann perasaann aku yang sebenarnya aku tak nakk dengar gossiip kau,
MAAFFF :)

   Hari ni aku bad mood ok. paham kan ?
daa laa fon aku internet maaccaamm..##??//!!@@*#/?
asik connection failed jee .. bbbrrrrr :/

  Ok bye . Asalamualaikum

Wednesday 2 January 2013

FIRST DAY SEKOLAH 2013

Asalamualaikum ! hai reader ..
   hari ni, hari yang paling memenatkann .. hhhuuuuhhh ! first day sekolah untuk sesi 2013 . hmm nasib baik, balik cepatt . sebab tahun ni sekolah aku da starting dua sesi . tapi, seriously, penat . yelaaa selalu pukul 10, 11 baru aku bangun, tapi hari ni dah tak . pukul enam da kene bagun .. tu punnn aku daa skip fifteen minutes, puas kan tido punya pasal .. arrggghhh letih ! rinduuu dengan tabiat cuti sekolah . teruk-teruk ! anak dara apa laa aku nii ? ehh lantak laa !

     Pagi-pagi aku sampai sekolah aku suruh adik aku parking moto hujung-hujung sekali, sebab aku tak suke parking depan-depan. manyak songeh kan aku ? ehh sibukk laa. moto aku :P

      Muke kawan aku macam tak berubah jee. ehh memang la kan? perangai ? lagi laaa .. helloo ? daa form 5 daa, nak SPM .. tak sedar diri ke ? bole lagi kau bawak cermin besar-besar datang sekolah.tudung kau da elok da kot. tak confident laa lu ni beb !
ahh lantak diaa laa, fitrah perempuan kan ? mementingkan kecantikkan ~
tak dinafikan, sometime aku pon macam tuu . chill laaa (Y)

 cume satu benda jee yang aku feduupp giler kalau first day sekola ni, mejaa dengan kerusi berhabuk ! errrggghhh ! kalau tak jaga-jaga boleh hintam baju sekolah baruuu aku tuu ! ohh no ! lagisatu, yang aku frust giler kat kelas tadii. aku boleh dilantik jadi SETIAUSAHA  ! WTH ? kawan-kawan,, korang egat aku suke sagad ke tulis ? aku tak suka tulis tapi aku suka baca . this is me, if you want to known. 
 
First day da ada homework __ . ehh apaa ni ? jangan nak merunggut la. kau lupe kau nak SPM ?
  ohhh ok. aku ingat. antara azam aku nak fokus dalam SPM . REMEMBER THIS ! 

first day sekolah as a senior :)
hehehe