Sunday 20 January 2013

CEMELANG DENGAN MEMBERI MAAF

 "Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah 
lebih dekat kepada takwa."
               
                                                                                  Al-Baqarah. 237

GOLONGAN PEMAAF ADALAH golongan yang berjiwa besar. Dalam pergaulan, mereka tidak mudah hanyut dipukul gelombang emosi semasa berdepan dengan karenah manusia. Oleh kerana sifat ini adalah sifat mulia, Tuhan mengarahkan umat islam menghiaskan diri mereka dengannya. Tuhan menyatakan dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud, "Berikanlah kemaafan, ajaklah kepada yang makruf dan berpaling dari mereka yang jahil."
Pada suatu masa, seorang lelaki bertemu dengan khalifah Omar bin Khattab dan berkata, "Demi Allah kamu berhukum secara tidak adil dan kamu tidak memberi secara yang cukup." Khalifah Omar menjadi marah dan wajahnya terus berubah pada masa itu. Lelaki itu terus berkata. "Wahai Amirul Mukminin, tidaklah engkau mendengar ayat Quran daripada surah al-'Araf ayat 199? Aku sebenarnya termasuk dalam golongan yang jahil." Khalifah Omar menjawab, "Engkau benar seolah-seolahnya (tadinya)
terdapat api tetapi ia telah dipadamkan." Memang benar. Mereka yang mudah memaafkan mempunyai hati yang sejuk lagi jernih. Hati itu tidak mudah terbakar oleh api kemarahan.

No comments:

Post a Comment