Sunday 20 January 2013

CEMERLANG DENGAN SEMBAHYANG

  "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang 
beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam dalam solat 
mereka.. Dan mereka yang memelihara
solat-solat mereka."
                                                                                          Al-Mukminun, 1, 2 & 9

ANTARA IBADAH PENTING yang wajib dilakukan ialah sembayang. Untuk berjaya, umat Islam tidak boleh mengabaikan sembahyang sama sekali terutamanya sembahyang-sembahyang fardu. Dalam konteks melaksanakan sembahyang dua perkara wajib dijaga. Pertamanya khusyuk dan keduanya memastikan sembahyang dilaksanakan secara berterusan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Sembahyang ialah ibadat yang amat penting sehingga semasa sedang berperang sekalipon tidak boleh meninggalkannya. Sembahyang juga ialah tiang agama. Imam Baihaqi melaporkan, nabi berkata, "sembahyang itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia akan meruntuhkan agama."

No comments:

Post a Comment